Nostalgia
Mukadimah Kelas Kami Guru Kami Nostalgia Album Warisan Ajaib Koleksi Midi Links Komen Message Board Buku Pelawat

 

Nak dengar satu cerita tak? Ceritanya menarik! Nak bacake, tak nak baca ke, tak kiralah!! aku tetap nak cerita juga.

Satu hari sedang aku termanggu sendirian di sebelah katil aku yang buruk lagi tak hensome, aku terkenang kisah-kisah silam aku ketika aku menjadi warga SMTLC. Apabila mendengar nama 5 PKE 1, aku teringat akan member-member aku dan tidak lupa juga pada guru-guruku.

Queen of 5 PKE 1 ialah Puan Faridah. Beliau seorang yang tegas tetapi sporting. Amat memahami jiwa anak didiknya dan selalu makan hati dengan kerenah anak buahnya 'Maafkan kami cikgu....'eh, menyanyi pulak aku! Astaghfirllah...

Memanda menteri, namanya Amir, Add Math, Fizik, Kimia...hai, boleh dikatakan dia nak 'conquer'. Tak bagi 'chance' kat orang lain langsung. Memanda II tak banyak cakap. Namanya Najib. Rasa-rasa macam boleh buli aje tapi silap haribulan, kita dibulinya. Penghulu bendahari kelasku pula namanya Muzammil,  Orangnya simple tapi genius. Dia nie asyik dok mintak duit aje, agaknya dah berapa juta dia kumpul? Almaklumlah dah jawatan dia iaitu bendahari.

Ini pasangan antagonis, Rosyanti si cantik manis dan Shamsiah si setiausaha, Shamsiah baik hati dan senyumannya amat manis. Sikapnya tetap tenang walau apa jua. Si Ros pula suka mencubit. Boleh mengaum sakitnya! Fazrol Hazlina dan Vanethai lebih kurang aje 'volume' dema. Lina pandai bercerita dan vanethai 'terror' bersyarah, depa nie 'power' English. Mardiah orang Ipoh manakala Harianim orang Slim River. Dalam kelas duduk bersebelahan. Dema nie pendiam dan pemalu mengalah ulat gonggok, Hai yang sorang nie pula namanya Zunira. Ayu sungguh wajahnya sempena nama manjanya 'Ayu". Luruh jantung wa cakap lu tangkap cintan beb! Nak ngorat silakan....

Pelajar senior dalam kelas aku, berfikiran matang dan mat study... tak lain tak bukan iaitu Hasri Shah. Kalau kome jumpe seseorang yang berjalan ala kawad dan gaya macho lagi handsome... namanya mesti Azrin. 

Musuh ketat cikgu Erni iaitu Izham. Kalau ada apa-apa dia mesti kena marah dulu tapi dalam diam-diam banyak ilmu silat beb. Nazmi pula tak ubah-ubah perangainya yang suka buat lawak. Dia tak tahan gurau dan cepat merajuk mengalahkan awek aku pulak.

Budak paling pendiam dalam kelas aku iaitu Imran dan Izzuan. Dema nie Punya gaya tersendiri, almaklumlah nak control macho la katakan.

Nazren dan Firdaus, dua orang pemain bola sepak sekolah '1997' yang kini kian menyepi. "bila dema bawak bole berdesup peginya kome", kata orang Perak.Neelakana, Lim Pa Chin dan Arvindeep Singh adalah member kamcing dan duduk sebelah menyebelahan. Bila dema ketawa, bergegar seantero kelas. Tentu tinggi frekuensinya kalau di sukat dengan skala Ditchter.

Che Syaiful adalah 'ranking' tidur dalam kelas tetapi yang ajaibnya, dalam kuat tidur otaknya cerdik dan aktif dalam sukan Ragbi. Rady pula orangnya berkulit cerah dan agak pendiam tetapi kalau bersembang sekali sekala tu payah nak stop. Rizal pula orangnya kemas dan segak serta genius. Pandai bersilat almaklumlah orang Melaka kome. Zakri dan Raja bersahabat rapat, seperti merpati terbang sejoli... eh bermadah pulak aku. Dimana ada Raja, disitu adalah Zakri. Zaihan pula bertubuh genit tapi ada 'Green Belt' dalam Tae Kwan Do. Awas! Bagi sesiapa yang mengganggu.

Khai rul Azman juga bertubuh kecil tapi yang hairannya dia selalu membuli orang yang bertubuh sasa. Dia ni pandai bab agama, jikalau ada masalah dia menjadi penyelamat kelas kami. Saharizan pula kartunis kelas aku dan hasratnya nak simpan rambut macam Zamani Slam. Boleh.. tu.. E-jan... boleh blah. Kalau rambut macam aku bolehlah.

Eh... sebelum aku terlupa, ada seorang lagi pelajar kelas ini yang telah menceriakan dan mengindahkan susana kelas. Dia nie memegang jawatan sebagai AJK Kecerian. Boleh dikatakan musuh ketat Cikgu Nuzul. Boleh dikatakan pelik, kadang-kadang entah apa-apa tapi susah nak I-rab fe'el dia. Kalau kome nak tahu adalah diriku sendiri (jangan marah).

Rasanya dah kering air liur menceritakan kisah-kisah 5 PKE 1. Sebenornya banyak lagi nak diceritakan kat kome tapi tak muat kolum so aku stop kat sini dululah. Okeylah cerita dah habis...apa lagi:?

Tepuklah tangan, SyukranWassalam.

Dipetik dari Majalah ELIT 1998

Tulisan oleh:-

Mohd Saidi

5 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 1