Make your own free website on Tripod.com

Bertubuh kecil tapi yang hairannya dia selalu membuli orang yang bertubuh sasa.

Copyright © 2001-2002 Budakantoi. All rights reserved


Laman Utama | Putera Puteri PKE 1 | Cikgu Cekgi Kami | Al-Kisah | Kenangan Bersama | Links

Che Syaiful adalah 'ranking' tidur dalam kelas tetapi yang ajaibnya, dalam kuat tidur otaknya cerdik dan aktif dalam sukan Ragbi. Rady pula orangnya berkulit cerah dan agak pendiam tetapi kalau bersembang sekali sekala tu payah nak stop. Rizal pula orangnya kemas dan segak serta genius. Pandai bersilat almaklumlah orang Melaka kome. Zakri dan Raja bersahabat rapat, seperti merpati terbang sejoli... eh bermadah pulak aku. Dimana ada Raja, disitu adalah Zakri. Zaihan pula bertubuh genit tapi ada 'Green Belt' dalam Tae Kwan Do. Awas! Bagi sesiapa yang mengganggu.

Khairul Azman juga bertubuh kecil tapi yang hairannya dia selalu membuli orang yang bertubuh sasa. Dia ni pandai bab agama, jikalau ada masalah dia menjadi penyelamat kelas kami. Saharizan pula kartunis kelas aku dan hasratnya nak simpan rambut macam Zamani Slam. Boleh.. tu.. E-jan... boleh blah. Kalau rambut macam aku bolehlah.

Eh... sebelum aku terlupa, ada seorang lagi pelajar kelas ini yang telah menceriakan dan mengindahkan susana kelas. Dia nie memegang jawatan sebagai AJK Kecerian. Boleh dikatakan musuh ketat Cikgu Nuzul. Boleh dikatakan pelik, kadang-kadang entah apa-apa tapi susah nak I-rab fe'el dia. Kalau kome nak tahu adalah diriku sendiri (jangan marah).

Rasanya dah kering air liur menceritakan kisah-kisah 5 PKE 1. Sebenornya banyak lagi nak diceritakan kat kome tapi tak muat kolum so aku stop kat sini dululah. Okeylah cerita dah habis...apa lagi ?Tepuklah tangan,



SyukranWassalam.

Dipetik dari Majalah ELIT 1998

Tulisan oleh:-

Mohd Saidi

5 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 1